Tuesday, June 30, 2009

Minyak Pelincir - Enjin Turbo

Jenis2 minyak - Fully Sintetik, Semi Sintetik dan Mineral.


1) fully sintetik = jenis minyak yg melampau 'nipis', sesuai untuk kereta2 baru, tahan sehingga 10'000km, enjin terasa lebih ringan. kebiasaannya 0W sehingga 5W ( contohnya Castrol SLX 0W-30 ), kurang bagus untuk keta turbo terutama enjin daripada half-cut sbb satu, enjin tu dah lama dan kedua, enjin turbo ni panas, jadi tahap kehilangan minyak enjin lebih cepat kerana ia akan cepat mengewap dan berkerak, tahap kelikatan minyak jugak semakin cepat berkurangan akibat minyak tersebut yg melampau 'nipis'. lagi pun minyak jenis ni pun melampau mahalnya...


2) semi sintetik = jenis minyak yg ngam2 untuk kebanyakan kereta dan paling ideal untuk enjin turbo dari halfcut, tahan sehingga kebiasaannya 8,000km namun disyorkan untuk 7,000km, menggunakan kod dari 10W sehingga 15W ( contohnya Castrol Magnatex 15W-30 ). kebiasaan kancil menggunakan brand Castol M-Tec 10W-30 kerana ia lebih nipis dan ringan untuk enjin jenis 3 silinder ( liang - liang minyak didlm enjin kancil agak kecik dan halus, perhatikan pada crankshatf bearing - lubang minyaknya mmg kecik.. ), ttp kalau penggunaan pada enjin mira turbo, kadar kehilangan minyak ( pengewapan dan pengenapan kerak ) agak cepat, so, try guna 15W-30. tahan le sket...


3) mineral = minyak yg tepat untuk keta2 lama, ketahanan sehingga 5,000km, dan paling utama adalah menjimatkan... sbb harga yg murah. menggunakan kod kebiasaannya 20W-40. namun untuk keta turbo ( terutama yg dah bikin tuu... ) tidak digalakkan..


juga perlu diingatkan agar jadikan kebiasaan untuk menukar oil filter / penapis minyak setiap 5,000km sekali biarpun ada yg mendakwa ianya mampu bertahan sehingga 10,000km. kulit luar mmg tahan.., tp isi kat dlm tu siapa yg nampak,kan? tambahan pula enjin nih merupakan pergerakan dan penggeseran antara besi, maka pasti akan ada habuk besi akibat penghausan walaupun tak nampak dgn mata kasar

2 comments:

apis said...

Salam...kalo utk turbo 1.3 enjin dari halfcut..minyak ape yg sesuai?

Obm Azli said...

rasanya 10w atau 15w adalah penunjuk tahap minimun suhu persekitaran yang sesuai utk sesuatu minyak. contohnya 10w (w=winter) adalah minyak sesuai untuk negara yg ketika itu 10 darjah celsius ke atas (termasuk m'sia)......jika negara itu bawah 10 darjah celsius, maka minyak hitam tu adalah tidak digalakan kerana takut membeku...dats why ada inyak 0w - merujuk kepada hampir tahap beku minyak ni sesuai digunakan.....jika suhu masa tu -5, maka sebarang minyak hitam akan membeku...so tak leh start enjin.....kelikatan minyak adalah ditunjukan pada no. kedua iaitu 10w-30, 10w-40 , 20w-50,...no.30, 40 & 50 adalah tahap kelikatan minyak...lagi besar lagi likat minyak.....lori biasanya guna 20w-80...sbb utk kerja2 lasak.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...