Monday, November 15, 2010

Makna disebalik bunyi 'hon' kenderaan

Al-kisah tentang bunyi 'hon' kenderaan...

Nah ni sebuah kisah untuk cuci minda anda. Saya tahu, ramai yang suka cerita yang macam ni kan?

So, enjoy…

Inilah al-kisah tentang bunyi ‘hon’…

Kalau korang semua ingat hanya kuntuman bunga jer yang ada maksud disebaliknya, korang silap!!!

Pernah tak masa driving, kadang-kadang kita dengar kereta yang berselisih atau kereta di belakang kita membunyikan hon?

Percaya atau tidak…

Tahukah anda bahawa setiap bunyi hon itu ada maksud tertentu disebaliknya.

Saya bongkarkan maksud disebalik bunyi-bunyi hon tersebut untuk anda sekarang. Please take note yer! hehe
? 1 x HON PENDEK - pemandu tu nak cakap “HAI”
? 2 x HON PENDEK - pemandu tu nak cakap “TERIMA KASIH” atau “JUMPA LAGI”
? 3 x HON PENDEK - pemandu tu suruh kenderaan depan tu cepat sikit (biasanya kat traffic light time dah hijau tak reti-reti nak jalan)
? 1 x HON PANJANG - pemandu tu beri amaran kereta lain bahawa diorang memandu secara merbahaya dan hampir menyebabkan kemalangan
? 2 x HON PANJANG - pemandu tu marah “HOI!!!… BODOH XDER OTAK KE”
? 4 X atau lebih HON PENDEK - pemandu tu cakap ;

“TIIILAM! TIIILAM!… TILAM LAMA, TUKAR BARU.. TIIILAAAM!… TIIILAAAAM!”



p/s: FroM eMail

Tuesday, August 31, 2010

Salam MERDEKA Ke- 53

- MalaYsia...............

Wednesday, August 11, 2010

"Selamat Menyambut Ramadhan 2010 / 1431H"

"Selamat Menyambut Ramadhan. Moga ibadat kita semua mendapat keberkatan Allah s.w.t."
Daripada : Khairul Azuar / NurulHamimie / Dania Khairina

Wednesday, August 4, 2010

Pemasangan SpotLite

- pasang spot lite kuning..soh senang redah kabus nnti...

Tuesday, November 10, 2009

BUAT SIKIT2.....


- Pomen racing sg buloh

Wednesday, October 28, 2009

Lancer Sumpahan


- Nantikan perubahan Lancer......

Tuesday, June 30, 2009

Tips Penjagaan Radiator


Tips penjagaan radiator

Radiator merupakan komponen sampingan terpenting dalam sesebuah kereta yang menggunakan sistem penyejukkan air.


Namun begitu terdapat juga kereta yang tidak mempunyai radiator kerana ia menggunakan sistem penyejukkan udara seperti VW atau volkswagon.


Kelemahan dan kebaikan sistem penyejukkan air adalah seperti berikut :


1. Sistem penyejukkan air dapat menghalang injin menjadi terlalu panas kerana air digunakan untuk menyejukkan bahagian injin dan kemudian melalui radiator, air akan disejukkan sebelum masuk kembali ke dalam injin. Dengan cara ini dalam keadaan berhenti pun injin dapat dihidupkan pada jangkamasa yang lama tanpa menghadapi masalah overheating. Tetapi injin yang menggunakan sistem penyejukkan udara akan menghadapi masalah overheating apabila kereta tidak bergerak dalam satu jangkamasa yang lama kerana ia memerlukan udara yangbergerak untuk menyejukkan injin.


2. Sistem penyejukkan air tidaklah terlalu lasak seperti sistem penyejukkan udara. Ia memerlukan penyelengaraan dari masa ke semasa dan sebaliknya untuk sistem penyejukkan udara.


Cara penyelenggaraan radiator:


Setiap 3 bulan:

1. buka kunci hos dibahagian bawah radiator (kunci ini biasanya diperbuat daripada plastik) dan penutup radiator dan biarkan air mengalir sehingga tiada lagi air mengalir daripada radiator.


2. Buka air daripada pili (mesti dengan kadar aliran yang sederhana kuat) dan masukkan ke dalam radiator, tunggu sekejap sehingga air mula keluar daripada radiator, kemudian hidupkan injin.


3. Biar injin melahu dan air mengalir keluar sehingga air yang keluar daripada radiator tidak lagi berkarat atau berwarna teh susu atau milo.


4. Matikan injin, pasangkan kembali kunci hos di bahagaian bawah radiator dan isikan radiator dengan air pili tanpa menggunakan coolant sehingga penuh.


5. Hidupkan injin tanpa menutup penutup radiator. Sepatutnya, selepas beberapa ketika, apabila injin panas, air di dalam radiator tidak akan mendidih. Kalau mendidih, ini bermakna terdapat non function di bahagian tertentu sistem penyejukkan. Mungkin radiator tersumbat, atau termostat tidak berfungsi.


6. Perkara ini perlu dilakukan setiap tiga bulan atau lebih kerap bagi mengelakkan radiator tersumbat atau sistem aliran air di dalam injin tersumbat dengan karat air atau karat besi. Jika ini berlaku, suhu injin tidak lagi menjadi normal dan mungkin akan naik sedikit dan besar kemungkinan, overheating boleh berlaku.


7. Penggunaan coolant boleh memendekkan jangkahayat pam air dan termostat dan juga boleh menyebabkan radiator tersumbat.


8. Sekiranya radiator tersumbat, terdapat kedai yang boleh membersihkan radiator tanpa perlu menanggalkan radiator dengan menggunakan mesin khas. Harga upah dalam sekitar RM35-RM50. Saya akan cuba dapatkan alamat kedai tersebut dan akan emailkan kemudian.


9. Sekiranya radiator bocor, saya nasihatkan, ambil tindakan segera dengan menukar radiator (samada baru atau secondhand (kedai potong) kerana jika kita biarkan, kemungkinan overheating boleh berlaku dan kos mewmbaiki overheating ialah disekitar RM1000 - RM1500 bergantungkepada teruknya kerosakan. Kos penukaran radiator secondhand(kedaipotong) kurang dari RM200.


Rujukkn : Cedok info2 dr forum jdmgarage
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...