Tuesday, November 10, 2009

BUAT SIKIT2.....


- Pomen racing sg buloh

Wednesday, October 28, 2009

Lancer Sumpahan


- Nantikan perubahan Lancer......

Tuesday, June 30, 2009

Tips Penjagaan Radiator


Tips penjagaan radiator

Radiator merupakan komponen sampingan terpenting dalam sesebuah kereta yang menggunakan sistem penyejukkan air.


Namun begitu terdapat juga kereta yang tidak mempunyai radiator kerana ia menggunakan sistem penyejukkan udara seperti VW atau volkswagon.


Kelemahan dan kebaikan sistem penyejukkan air adalah seperti berikut :


1. Sistem penyejukkan air dapat menghalang injin menjadi terlalu panas kerana air digunakan untuk menyejukkan bahagian injin dan kemudian melalui radiator, air akan disejukkan sebelum masuk kembali ke dalam injin. Dengan cara ini dalam keadaan berhenti pun injin dapat dihidupkan pada jangkamasa yang lama tanpa menghadapi masalah overheating. Tetapi injin yang menggunakan sistem penyejukkan udara akan menghadapi masalah overheating apabila kereta tidak bergerak dalam satu jangkamasa yang lama kerana ia memerlukan udara yangbergerak untuk menyejukkan injin.


2. Sistem penyejukkan air tidaklah terlalu lasak seperti sistem penyejukkan udara. Ia memerlukan penyelengaraan dari masa ke semasa dan sebaliknya untuk sistem penyejukkan udara.


Cara penyelenggaraan radiator:


Setiap 3 bulan:

1. buka kunci hos dibahagian bawah radiator (kunci ini biasanya diperbuat daripada plastik) dan penutup radiator dan biarkan air mengalir sehingga tiada lagi air mengalir daripada radiator.


2. Buka air daripada pili (mesti dengan kadar aliran yang sederhana kuat) dan masukkan ke dalam radiator, tunggu sekejap sehingga air mula keluar daripada radiator, kemudian hidupkan injin.


3. Biar injin melahu dan air mengalir keluar sehingga air yang keluar daripada radiator tidak lagi berkarat atau berwarna teh susu atau milo.


4. Matikan injin, pasangkan kembali kunci hos di bahagaian bawah radiator dan isikan radiator dengan air pili tanpa menggunakan coolant sehingga penuh.


5. Hidupkan injin tanpa menutup penutup radiator. Sepatutnya, selepas beberapa ketika, apabila injin panas, air di dalam radiator tidak akan mendidih. Kalau mendidih, ini bermakna terdapat non function di bahagian tertentu sistem penyejukkan. Mungkin radiator tersumbat, atau termostat tidak berfungsi.


6. Perkara ini perlu dilakukan setiap tiga bulan atau lebih kerap bagi mengelakkan radiator tersumbat atau sistem aliran air di dalam injin tersumbat dengan karat air atau karat besi. Jika ini berlaku, suhu injin tidak lagi menjadi normal dan mungkin akan naik sedikit dan besar kemungkinan, overheating boleh berlaku.


7. Penggunaan coolant boleh memendekkan jangkahayat pam air dan termostat dan juga boleh menyebabkan radiator tersumbat.


8. Sekiranya radiator tersumbat, terdapat kedai yang boleh membersihkan radiator tanpa perlu menanggalkan radiator dengan menggunakan mesin khas. Harga upah dalam sekitar RM35-RM50. Saya akan cuba dapatkan alamat kedai tersebut dan akan emailkan kemudian.


9. Sekiranya radiator bocor, saya nasihatkan, ambil tindakan segera dengan menukar radiator (samada baru atau secondhand (kedai potong) kerana jika kita biarkan, kemungkinan overheating boleh berlaku dan kos mewmbaiki overheating ialah disekitar RM1000 - RM1500 bergantungkepada teruknya kerosakan. Kos penukaran radiator secondhand(kedaipotong) kurang dari RM200.


Rujukkn : Cedok info2 dr forum jdmgarage

Minyak Pelincir - Enjin Turbo

Jenis2 minyak - Fully Sintetik, Semi Sintetik dan Mineral.


1) fully sintetik = jenis minyak yg melampau 'nipis', sesuai untuk kereta2 baru, tahan sehingga 10'000km, enjin terasa lebih ringan. kebiasaannya 0W sehingga 5W ( contohnya Castrol SLX 0W-30 ), kurang bagus untuk keta turbo terutama enjin daripada half-cut sbb satu, enjin tu dah lama dan kedua, enjin turbo ni panas, jadi tahap kehilangan minyak enjin lebih cepat kerana ia akan cepat mengewap dan berkerak, tahap kelikatan minyak jugak semakin cepat berkurangan akibat minyak tersebut yg melampau 'nipis'. lagi pun minyak jenis ni pun melampau mahalnya...


2) semi sintetik = jenis minyak yg ngam2 untuk kebanyakan kereta dan paling ideal untuk enjin turbo dari halfcut, tahan sehingga kebiasaannya 8,000km namun disyorkan untuk 7,000km, menggunakan kod dari 10W sehingga 15W ( contohnya Castrol Magnatex 15W-30 ). kebiasaan kancil menggunakan brand Castol M-Tec 10W-30 kerana ia lebih nipis dan ringan untuk enjin jenis 3 silinder ( liang - liang minyak didlm enjin kancil agak kecik dan halus, perhatikan pada crankshatf bearing - lubang minyaknya mmg kecik.. ), ttp kalau penggunaan pada enjin mira turbo, kadar kehilangan minyak ( pengewapan dan pengenapan kerak ) agak cepat, so, try guna 15W-30. tahan le sket...


3) mineral = minyak yg tepat untuk keta2 lama, ketahanan sehingga 5,000km, dan paling utama adalah menjimatkan... sbb harga yg murah. menggunakan kod kebiasaannya 20W-40. namun untuk keta turbo ( terutama yg dah bikin tuu... ) tidak digalakkan..


juga perlu diingatkan agar jadikan kebiasaan untuk menukar oil filter / penapis minyak setiap 5,000km sekali biarpun ada yg mendakwa ianya mampu bertahan sehingga 10,000km. kulit luar mmg tahan.., tp isi kat dlm tu siapa yg nampak,kan? tambahan pula enjin nih merupakan pergerakan dan penggeseran antara besi, maka pasti akan ada habuk besi akibat penghausan walaupun tak nampak dgn mata kasar

Tips Penjagaan Minyak Hitam dan Fungsi Mnyak Pelincir


*Test keta br kuar Drag sepang....

Fungsi minyak pelincir sejukkan geseran silinder

MINYAK pelincir atau lazim disebut minyak hitam (walaupun tidak berwarna hitam) cukup penting bagi membolehkan enjin berfungsi dan kereta boleh bergerak dengan lancar.

Ia perlu ditukar pada setiap 5,000 atau 10,000 kilometer mengikut jenis dan grednya.Namun, bagi kereta baru yang kali pertama menukar minyak hitam, ia boleh dilakukan pada 1,000 kilometer pertama seperti yang disyorkan oleh pengeluar dan pengedar.

Selain menggerakkan komponen dalam enjin seperti omboh dan bebola besi, ia juga bertujuan menyejukkan geseran kepada silinder dengan mengasingkan udara panas ke bahagian lain.

Penggunaan minyak pelincir juga mengelakkan komponen enjin berkarat selain memendapkan bahan bakar. Oleh kerana terlalu lama minyak pelincir itu digunakan, ia akan menjadi kotor akibat bahan bakar dalam enjin termasuk percampuran dengan air.Oleh itu, pemilik kenderaan perlulah membaca buku panduan yang disediakan oleh syarikat pengeluar kereta cara menjaga ketahanan enjin kereta.

Lazimnya, minyak pelincir ditukar setiap kira-kira 5,000 hingga 8,000 kilometer atau enam bulan atau mana-mana yang terawal bergantung kepada jenis model kenderaan.Bagaimanapun, sesetengah pemilik kereta lebih gemar menukarkan minyak pelincir sendiri kerana ia mudah dilakukan dengan menggunakan beberapa alat asas seperti pemutar skru dan bekas untuk mengisi minyak pelincir lama.

Peralatan lain yang diperlukan ialah jack atau bicu untuk mengangkat bahagian kereta bagi memudahkan anda memutarkan skru pada kotak minyak pelincir. Adalah lebih baik jika minyak hitam dikeluarkan sehingga titisan terakhir.Anda juga disyorkan supaya mengeluarkan minyak pelincir lama untuk diganti ketika enjin masih panas.

Ini kerana pada masa itu, minyak pelincir akan bercampur komponen kekotoran bahan bakar yang perlu dihapuskan ketika minyak pelincir itu disalurkan ke luar.Jika enjin kereta tidak cukup panas ketika anda bercadang menukar minyak pelincir, eloklah dihidupkan enjin itu untuk beberapa minit terlebih dulu.

Sementara itu, sekiranya sebelum ini anda sudah menukar minyak pelincir tetapi apabila diperiksa kelihatan kotor, keadaan itu mungkin tidak berpunca daripada minyak.Keadaan itu mungkin berpunca daripada beberapa faktor terutama bagi enjin yang masih baru atau bahagian enjin yang baru diganti seperti dinding silinder atau omboh.

Masalah itu berlaku mungkin akibat proses penyesuaian bahagian terbabit menyebabkan berlaku kehausan sehingga minyak pelincir akan mengandungi serbuk logam.Apabila keadaan itu berlaku, proses penggantian minyak berkenaan terjadi dalam tempoh singkat menyebabkan ia menjadi hitam dan kotor lebih cepat berbanding dalam keadaan biasa.

Jika keadaan itu berlaku anda tidak perlu bimbang dan tukarlah minyak berkenaan bagi melancarkan perjalanan kenderaan anda.Ini kerana minyak pelincir berfungsi bagi membersihkan permukaan dinding silinder daripada oksida, karbon dan kerak yang terjadi hasil pembakaran dalam bahagian berkenaan.



Sekadar gambar Hiasan

Jadi, di samping mencairkan sebarang pemejalan minyak, ia turut membawa kotoran yang ada di dalamnya dan membersihkan bahagian berkenaan. Jadi, apabila sudah kotor, minyak itu perlu diganti baru dengan segera untuk mengelakkan kerosakan pada bahagian enjin.

Thursday, June 18, 2009

Fahami Kod Menukar Tayar Baru

Fahami Kod Menukar Tayar Baru

APABILA cengkaman tayar kenderaan mula berkurangan atau botak, itu menandakan sudah tiba masanya pemilik menukarnya dengan yang baru.

Bagaimanapun, sebelum menukar yang baru ada beberapa faktor yang perlu diberikan perhatian pemilik supaya tayar baru dibeli bersesuaian dengan kenderaan dan bukan sudah luput tarikh atau lama disimpan penjual.

Sebagai pemilik kenderaan dan pengguna anda perlu mengetahui beberapa kod penting terdapat pada bahagian sisi tayar sebagai rujukan.

Ia untuk memastikan anda membeli tayar berkualiti dan tahan lama. Setiap tayar mempunyai maklumat terperinci berhubung jenis, saiz, keupayaan, minggu dan tahun keluarannya.Sesiapa saja boleh memahami maklumat ini untuk membuat pilihan tayar yang sesuai dan selamat bagi kenderaan masing-masing.

Cara paling mudah dengan memilih satu contoh tayar dan menelitinya sedikit demi sedikit.

Ikuti makna nombor penting bagi sesebuah tayar:

- Untuk mengetahui usianya sila periksa bahagian tepi tayar yang terdapat kod nombor minggu dan tahun. Contohnya kod 2206 bermaksud tayar berkenaan dihasilkan di kilang pada minggu ke 22 pada 2006.Kebanyakan pengeluar mengesyorkan jangka hayatnya ialah selama lima tahun dan jika lebih bermakna sudah luput tarikh dan dinasihatkan tidak gunakan pada kenderaan.

- Pengguna juga perlu memahami nombor berikut yang terdapat di bahagian sisi tayar contohnya - 175/70R13 82H.Nombor 175 yang pertama dalam siri merujuk kepada lebar tayar itu dalam milimeter, iaitu jarak diukur dari sisi ke sisi.

Biasanya, jika lebih besar nilai angka ini lebih lebar tayar itu.Nombor 70 ialah nisbah aspek (aspect ratio) tayar atau ketinggian tayar berbanding lebarnya. Maksudnya ketinggian tayar adalah 70 peratus kelebaran tayar itu. Biasanya tayar dengan nisbah aspek 55 ke bawah diklasifikasi sebagai tayar profil rendah.

Tayar profil rendah memberi prestasi pengendalian keseluruhan lebih bagus walaupun aspek keselesaan mungkin terjejas sedikit.Huruf "R" merujuk kepada binaan tayar radial dan ke semua tayar kereta menggunakan binaan radial sejak 20 tahun lalu.Tayar binaan radial tidak mempunyai tiub dan memberi prestasi lebih bagus.

Angka 13 merujuk kepada garis pusat (diameter) rim untuk membolehkan tayar dimuatkan. Jika ingin menukar kepada tayar diameter lebih besar anda perlu menukar rim kepada diameter yang sama.

Nombor 82 melambangkan indeks keupayaan mengangkut berat tayar itu. Untuk mengetahui berat maksimum berlambangkan nombor "82" kami perlu merujuk kepada carta "Indeks Keupayaan Mengangkut Berat Tayar" yang ditetapkan di peringkat antarabangsa.Sebagai contoh, nombor 82 bermakna tayar mampu memikul berat maksimum 475kg. Berat maksimum merujuk kepada setiap tayar, kita perlu mendarabkan empat kali untuk memperolehi kapasiti memikul berat kenderaan dengan empat tayar. (Contoh: 475 x 4 = 1,900kg)

Huruf H terakhir menyatakan kelajuan maksimum sesebuah tayar yang direka.Taraf kelajuan "H" dalam contoh, bermakna bahawa tayar ini boleh mencapai dan mengekalkan kelajuan sejauh 210 km/j.Di bawah adalah senarai carta kelajuan maksimum seperti yang dilambang oleh setiap huruf abjad.
- S - 180 km/j
- T - 190 km/j
- U - 200 km/j
- H - 210 km/j
- V - 240 km/j
- Z - melebihi had laju 240 km/j
- W - 270 km/j
- Y - 300 km/j

Untuk tayar yang mempunyai keupayaan mengatasi kelajuan 270 ksj, huruf ZR akan digunakan.

Mengelakkan kerosakan auto transmission

Biasanya kita selalu dengar auto gear nie cepat rosak, ndak tahan, lambat tukar gear dan sebagainya. Ini kerana cara pemanduan dan penjagaannya telah salah.

1. Tukar minyak gear oil auto seperti yg dijadualkan, lebih awal lebih bagus. elakmenggunakan minyak murah, nie akan memendekkan hayat gearbox, danisikan oil treatment auto transmision untuk gearbox.

2. No Racing!! apabila auto gear dihentam, suhunya meningkat dan menyebabkan gearbox hayat dipendekan lagi.

3. Tunggusehingga kereta berhenti baru masuk gear, untuk D->R, R->D, D->P, N->D.(notes: kalauD, 2, L tak payah henti, cuma perlu pastikan shift pada speed yangsesuai)

4. Jangan rendahkan gear pada kelajuan yang tinggi ataukelajuan yang tidak sesuai. cthnya:- D gear 140kmh danditurunkan kepada gear ke 2, nie menyebabkan torque converter akan'lagging' pada masa kelak.

5. Jangan spin tu tayar, iaitu Masuk gear N, kemudian menaikan rpm yang tinggi lepas tu masuk D

6. Pijak brek sebelum dan semesa gear dimasukan, fail to do so akan menyebab kan engine mounting dan gearbox mudah rosak.

7. Elak kan gearbox auto nie kena air, jalan basahbergelen gelen ka, banjir ka... elakkan, sebab apabila air tu akan masuk dalamgearbox nie, dan bercampur aduk rojak dengan gear oil dan merosakkan seluruh gearbox. kalau kereta memasuki kawasan banjir, check minyak tu dengan segera.

8. Kalau naik bukit, adalah dinasihati supaya system OD ditutup. nie kerana gearbox akan asyik menukar gear apabila OD on, dan menyebabkan gearbox berkerja keras.

9. Apabila kereta bergerak, dan gearnya ialah N, jangan masuk gear, tunggu henti dulu baru masuk. Bayangkan apabila engine wheel berputar, dan tiba-tiba connect ngan engine, nie menyebabkan torque converter mudah rosak.

P/s: Apabila kamu hadapi lambat tukar gear, kemungkinan ialah:
1.Torque converter (clutch untuk auto trans) kemungkinan rosak
2.Minyak gear perlu ditukar, dan dicuci
3.Masuk air akibat banjir (amat serius, boleh menyebabkan gearbox 'total lost' hehe)mungkin masih ada masalah lain, ni saja yg saya tau. Kalau masalah masih berlarutan, gearbox auto tu tunggu masa 'total lost'.

4 piston Vs 3Piston - Info Tebo Lg

4 pistons;
med-high rev n speed lebih stabil sebab 4 silinder..well balanced at rotation parts. kalo cruising tu sedap lah. safe sket petrol drpd 3 silinder. torque curve dia pun stabil, bertenaga naik bukit n heavyload, sebab power tu dari enjin sendiri yg stabil + turbo sedia ada. enjin pun hensem hehehe.. nk tune up, tukar cam pun da naik hp sbb dohc...yg tak best ni, maintenance tetap sama lah (minyak itam+minyak gbox+oil filter..) cuma OVERHAUL PARTS n engine parts agak mahal... eg. oil seal gbox L5 dekat rm650 padahal L2 cuma rm30..

3 silinder ;karekter enjin yg agak 'kasar' tapi response n pick up best dr 4 silinder. bila top speed n high rev, agak kasar. kalo motosports scene, prefer 3 silinder sbb parts banyak n murah, reponse, senang upgrade (dan boleh kongsi2 brg ngan kancil)...maintenance pun murah sket..

realibilty...agak subjektif, bgantung pada apa yg driver tu sendiri nak.

ikut kaki kanan pijak padel minyak...kalo bawak pun smooth, kurang la pgunaan petrol n jangkahayat enjin lg panjang.kalo aku...prefer 3 silinder tuk performance, 4 silinder tuk p blik keja...jalan2 santai2 hehe

Rujukkan : K-kar nye forum gak.

Pengenalan Enjin Berkuasa Turbo

Enjin turbo berfungsi dengan membekalkan udara tambahan ke dalam engin untuk menghasilkan pembakaran yang lebih sempurna. Bekalan udara ini berfungsi untuk menghasilkan pembakaran yang sempurna di dalam engin, dengan itu dapat meningkatkan lagi kuasa yang dihasilkan engin. Enjin turbo yang awal pada mulanya hanya berfungsi untuk mengepam udara tambahan kedalam enjin dengan mengunakan kipas dibahagian ekzos. Putaran kipas itu akan menggerakkan pam udara turbo dengan bantuan shaf penyambung, dengan itu memastikan jumlah udara yang keluar melalui ekzos sama jumlahnya dengan udara yang di pam masuk kedalam enjin.

Bagaimanapun sekiranya kemasukan udara ke dalam enjin berlebihan, ini boleh merosakkan enjin. Oleh itu, satu alat pelepas angin tambahan yang dikenali sebagai "Westgate" perlu dipasang untuk mengelakkan kejadian ini. Peralatan "Westgate" akan bertindak bagi memastikan jumlah udara yang dipam masuk ke dalam enjin tidak melebihi had yang ditetapkan.

Udara yang dimampatkan akan menjadi panas dengan itu pemampatan udara oleh enjin turbo akan meningkatkan suhu udara yang masuk kedalam enjin. Keadaan ini akan menjadikan enjin menjadi cepat panas. Untuk memastikan engin tidak terlalu cepat menjadi lampau panas (overheat), udara yang dipam masuk perlu disejukkan dengan menggunakan sistem intercooler. Intercooler akan di pasang pada bahagian hadapan kenderaan yang dipasang dengan sistem turbo bagi menyejukkan udara yang masuk sebelum dipam masuk ke dalam enjin.

Selain daripada peralatan yang dipasang untuk memastikan sistem turbo berfungsi dengan baik, enjin turbo juga perlu penjagaan rapi agar dapat tahan lama. Sekiranya engin berkuasa turbo dimatikan dengan mengejut, pam tidak lagi mengepam minyak pelincir ke sistem turbo. Keadaan ini meningkatkan lagi geseran di dalam engin turbo, yang akan meningkatkan lagi kadar kehausan sistem turbo dan merosakkan komponent sistem turbo dalam jangka masa panjang.

Oleh itu, bagi mengelakkan keadaan ini, enjin berkuasa turbo perlu distabilkan dengan membiarkan ia bertenang selama 20 hingga 30 saat selepas berhenti sebelum mematikan enjin. Bagi mereka yang tidak mahu atau tidak mempunyai masa untuk menunggu sebelum mematikan enjin, satu alat yang dikenali sebagai jangka turbo (turbo timer) boleh dipasang. Alat itu boleh ditetapkan untuk mematikan enjin selepas masa yang dihadkan berlalu.

Selain itu, enjin berkuasa turbo juga perlu dipanaskan sebelum memulakan perjalanan bagi memastikan minyak pelincir telah disebarkan keseluruh enjin secara menyeluruh. Ini adalah untuk memastikan enjin turbo tahan lebih lama dan mampu memberikan perkhidmatan yang optima. Sebagaimana enjin lain, minyak pelincir perlu dijaga agar enjin tahan lama. Untuk enjin berkuasa turbo, adalah disarankan pengguna menggunakan minyak pelincir yang tahan suhu tinggi, terutamanya minyak buatan (sintatik).

Sekiranya sesuatu enjin turbo itu dijaga dengan baik, enjin turbo tersebut mampu meningkatkan kuasa enjin lebih daripada enjin biasa yang mempunyai kuasa kuda yang sama. Anda pasti merasakan perbezaannya setelah mencubanya. Cuma anda perlulah rajin menjaganya dengan teliti agar enjin turbo anda sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik bagi anda.

sumber : ceduk info dr forum2 k-kar..hehehe

Monday, June 8, 2009

Fush....Jatuh ke Tangan Ku Jua....

Nih bukan rim idaman lg ye......nih utk sementara jek dulu.....
-Fush.....rega? jgn citer la...tk logik dek akal..hehehe......

Wednesday, May 6, 2009

Koleksi Gear Knob....

Layanz.......

Monday, April 13, 2009

Melaka


Tuesday, April 7, 2009

Koleksi2 Sterem....

Btukar2......tp yg pakai now xde dlm pic nih..



*Dr 2 spoke ke 3 spoke....last2 main 4 spoke lak.....Rega 4 spoke now pun dh melampau2 dh....."rare"

Monday, April 6, 2009

carcrazy

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...